Memilih Pembiayaan atau Pinjaman Rumah



Beberapa bulan lalu saya telah berjaya membuat pembelian rumah. Ini adalah pengalaman pertama saya dan merupakan keputusan yang besar buat saya memandangkan ia akan menambahkan komitmen kewangan saya! Lokasi hartanah adalah strategik dan berpotensi untuk tambah nilai dalam beberapa tahun mendatang.

Pembelian hartanah memerlukan komitmen kewangan dan modal yang besar, malahan apabila kita membuat keputusan membeli hartanah, satu aspek yang sama penting ialah jenis pembiayaan atau pinjaman yang sesuai dengan bajet dan juga kos yang efesien. Bagi yang tidak mempunyai pengalaman seperti saya, memilih jenis pembiayaan dan membuat permohonan adalah satu proses yang memakan masa.

Apakah faktor yang perlu saya pertimbangkan:
1) Jenis pembiayaan atau pinjaman : Islamik atau konvesional
2) Berapakah tempoh pembiayaan?
3) Apakah kadar yang ditawarkan oleh institusi kewangan?
4) Berapakah jumlah ansuran bulanan?
5) Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan?

Pelbagai jenis pakej yang ditawarkan serta dipasarkan oleh pihak bank, dan saya perlu membuat 'homework' sebelum menghantar permohonan. Kemudian, saya perlu menyediakan satu set salinan dokumen yang diperlukan untuk setiap permohonan yang dibuat. Bagi setiap langkah yang dinyatakan, saya perlu mengambil masa dan menghubungi setiap bank yang terlibat untuk permohonan saya. Sebagaimana yang dinasihatkan pemaju, saya perlu menghantar sekurang-kurangnya tiga permohonan. Adakah anda mempunyai pengalaman serupa?

Apa yang saya ingin kongsikan pada entri kali ini ialah kita boleh menjimatkan masa dan kos dengan mendapatkan khidmat daripada broker gadaijanji (mortgage broker). Pagi ini saya berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang mortgage broker dan kini saya boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan menjimatkan dengan pengetahuan ini. Sebenarnya, broker gadaijanji akan membantu anda membuat permohonan kepada insitusi kewangan berdasarkan keperluan pembiayaan anda. Mereka juga boleh mendapatkan pakej yang terbaik ie: kos yang efisien memandangkan broker adalah wakil yang diiktiraf oleh bank-bank dan institusi kewangan.

Peranan broker gadaijanji:
1) Mencadangkan pakej terbaik berdasarkan objektif pembelian hartanah; pelaburan atau tempat tinggal
2) Menghantar permohonan kepada institusi berkaitan
3) Menyemak status permohonan
4) Berunding dengan institusi kewangan bagi pihak anda untuk mendapatkan kadar yang lebih baik (ie: murah)
5) Membantu anda dalam keseluruhan proses pembiayan dan pinjaman termasuk khidmat guaman dan jenis perlindungan (protection via takaful or insurance) melalui takaful atau insurans

Dengan perkhidmatan profesional, anda dapat berjimat dan perancangan kewangan anda lebih kukuh. Jika dulu saya perlu membuat semua diatas untuk pemilikan hartanah saya (sebelum saya mendapat pendedahan tentang broker gadaijanji), kini saya boleh membantu anda untuk merancang gadaijanji hartanah anda. Tunggu entri selanjutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah