Maal Hijrah & Tahun Baru
Apa khabar? Sudah lebih sebulan saya tidak menulis untuk blog ini, setelah berjaya menulis 8 entri yang lalu. Sebenarnya saya agak sibuk dengan peperiksaan dan juga urusan berpindah ke rumah baru. Alhamdulilah, semua berjalan lancar.
Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat sahabat-sahabat pembaca Muslim dan selamat menyambut tahun baru 2010. Pembukaan tahun Hijrah dan Masihi memang sangat hampir kali ini, jadi amat sesuai untuk kita semua membina azam baru yang boleh dijayakan dalam tempoh yang sama! Menarik kan.
Begitu juga dalam perancangan kewangan peribadi anda. Kini adalah masa yang tepat untuk membuat kajian semula tentang pencapaian kewangan pada tahun 2009, hanya tinggal dua hari lagi sebelum 2009 menutupkan tirainya. Perancangan kewangan memang sinonim dengan proses ini kerana ia adalah proses yang berterusan sepanjang hidup, dalam setiap peringkat hidup.
Bagi mereka yang baru hendak bermula merancang kewangan, satu tips yang paling mudah anda boleh masukkan dalam agenda atau strategi bagi tahun hadapan ialah mulakan simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Tapi ingat ya, simpanan ini tidak boleh digunakan dalam masa singkat ia adalah untuk jangka masa panjang. Untuk meningkatkan motivasi anda menyimpan letakkan satu matlamat yang tetap serta jelas dengan tempoh masa anda mencapainya. Contohnya, simpanan untuk membeli rumah idaman ataupun simpanan untuk mengerjakan ibadah Haji.
Tapi teknik hendaklah betul, apabila anda mendapat gaji bulanan, simpanan yang telah anda tentukan hendaklah diasingkan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Dengan ini, anda pasti simpanan itu dapat dibuat secara konsisten. Sekiranya tidak dapat menyimpan 10%, berapa sahaja jumlah yang anda selesa untuk mulakannya. Sama seperti tabiat pemakanan yang sihat ataupun aktiviti bersenam, menyimpan perlu ditanamkan dengan kebiasaan yang dibuat berulang-ulang dan apabila ia menjadi habit, ia akan lebih mudah.
Apabila melihat semula azam tahun 2009 yang saya sediakan awal tahun lalu, Alhamdulilah banyak yang telah dicapai walaupun tidak 100%. Jadi kali ini saya bersedia untuk cabaran baru 2010. Anda bagaimana?

Ulasan
Catat Ulasan