Peraturan baru kad kredit oleh BNM
Bank Negara Malaysia mengeluarkan peraturan baru tentang penggunaan
kad kedit. Bermula 1 Januari 2012, mereka yang mempunyai pendapatan
kurang daripada RM36,000 setahun hanya dibenarkan menggunakan maksimum 2
kad kredit sahaja. Manakala jumlah kredit yang dibenarkan ialah 2x gaji
bulanan iaitu RM6,000 bagi setiap kad.
Sesiapa yang mempunyai lebih daripada dua kad kredit buat masa ini, hendaklah memilih dua kad sahaja daripada bank pengeluar. Baki kad kredit yang tidak lagi dilanggan hendaklah dibayar dalam tempoh 24 bulan. Syarat ini dikenakan untuk mengawal perbelanjaan secara kredit. Buat masa ini sahaja lebih RM24 bilion hutang kad kredit yang belum diselesaikan dan jumlah ini semakin meningkat.
Pada pandangan saya, langkah ini sangat baik. Penggunaan kad kredit hendaklah dikawal dan kemudahan ini digunakan untuk memudahkan urusan perbelanjaan dan perbelanjaan kecemasan sahaja. Gunakan kad kredit seolah-olah menggunakan tunai dan jumlah penggunaan hendaklah dibayar dengan penuh kepada bank pengeluar setiap bulan. Ini untuk mengelakkan hutang semakin meningkat kerana caj faedah yang dikenakan ke atas baki adalah tinggi dan akan membebankan pengguna dalam jangka masa panjang.
Beberapa tips yang boleh dikongsikan disini ialah:
1) Kos cukai perkhidmatan ialah RM50 untuk sekeping kad. Anda boleh menjimatkan kos ini dengan memiliki 1 atau 2 kad sahaja. (Maksimum RM100 setahun)
2) Jumlah penggunaan tidak melebihi 50% daripada gaji bulanan. Perbelanjaan ini pula adalah perbelanjaan rutin seperti petrol dan belanja runcit.
3) Pilih kad kredit yang mempunyai rebet atau diskaun untuk penjimatan tambahan.
4) Bayar jumlah penuh setiap bulan untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.
5) Kad kredit bukan duit anda, gunakan seperti mana anda menggunakan kad debit atau duit tunai.
Rujuk: The Star, 16 November 2011.

Ulasan
Catat Ulasan