Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan
"Katakanlah (wahai Muhammad), perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti dan segala rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya." (Yunus: 101) Manusia diciptakan dengan satu kelebihan berbanding makhluk yang lain iatu akal. Kemampuan akal untuk berfikir membawa banyak manfaat kepada manusia sehingga dapat berkembang dengan tamadun dalam zaman-berzaman. Namun, akal turut dikurniakan kepada manusia untuk memerhatikan segala kejadian di langit dan di bumi. Semua ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT. Manusia tidak akan mampu mencipta benda hidup walaupun seekor lalat sekalipun. Perhatikan kejadian air. Air adalah unsur terpenting dalam kehidupan. 2/3 daripada bumi ini adalah air. 2/3 daripada badan manusia mengandungi air. Tanpa air manusia akan mati dal...

Ulasan
Catat Ulasan