Merancang Pusaka Dengan Formula Faraid
Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat kaya. Kaya dengan hikmah dan rahsia disebaliknya, kadangkala manusia tidak melihat dan menghargai kewujudan ilmu itu. Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah berkata:
Allah menetapkan waris-waris yang berhak mendapat pusaka dan bagaimana seseorang boleh mewarisi. Ayat tersebut juga menjelaskan bahagian atau pecahan yang diwarisi oleh setiap waris yang berhak. Secara ringkasnya, waris utama yang berhak ialah ibu, bapa, suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Kaum kerabat yang lain seperti datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, saudara kandung lelaki dan perempuan boleh mewarisi dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat dua kategori waris iaitu Waris Fardhu dan Waris 'Asabah.
Waris Fardhu ialah waris yang disebutkan berhak mewarisi secara terus dan bahagiannya telah ditetapkan seperti isteri mendapat 1/8 bahagian sekiranya mempunyai anak. Waris 'Asabah pula ialah waris yang berhak mewarisi dan bahagiannya merupakan baki daripada harta pusaka setelah menetapkan bahagian Waris Fardhu. Sebagai contoh: Anak lelaki mendapat baki harta setelah menetapkan bahagian suami si mati (1/4) dan ibu (1/6), maka anak lelaki mendapat baki harta pusaka (7/12).
Faraid merupakan asas kepada pembahagian harta pusaka orang Islam. Tiada sebab untuk tidak merancang harta pusaka dengan alasan sistem Faraid sedia ada untuk mengagihkan harta pusaka selepas kematian. Sebenarnya, kita bertanggungjawab mengetahui kadar bahagian Faraid setiap waris kita supaya kita mudah merancang harta pusaka dengan adil dan berpatutan.
Contoh yang jelas ialah Faraid menyatakan bahagian anak perempuan adalah satu bahagian anak lelaki. Maka dengan membuat penilaian kepada nilai aset semasa, kita boleh memberi panduan pembahagian kepada waris tentang aset tertentu yang boleh diwarisi oleh setiap waris. Ini akan memudahkan urusan pembahagian harta pusaka, malahan menentukan bahawa setiap waris mendapat hak mereka dengan lebih sistematik dan adil. Secara langsung, ia akan mengukuhkan institusi keluarga dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.
Perancangan sebegini lebih baik, daripada menyerahkan tanggungjawab seluruhnya kepada waris untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka di kalangan mereka. Kadangkala waris masih dibawah umur dan tidak faham bagaimana urusan pembahagian perlu dilaksanakan. Ini lebih merumitkan dan menyukarkan pihak penjaga untuk membuat keputusan.
Merancang pusaka adalah sebahagian perancangan kewangan. Sebagaimana kita merancang dengan takaful dan pelaburan, aspek pembahagian harta pusaka perlu diambil perhatian dalam merancang kewangan peribadi kita dan keluarga. Insya Allah, apabila kita yakin dengan ilmu Allah, semuanya akan dipermudahkan.
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkan ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu. Ia adalah satu ilmu yang dilupai dan menjadi ilmu yang terawal akan dicabut daripada umatku."Dalam entri yang lalu, ilmu Faraid disebutkan di dalam Surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176 (soalan 3) dan bagaimana Wasiat melengkapkan urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam.
Allah menetapkan waris-waris yang berhak mendapat pusaka dan bagaimana seseorang boleh mewarisi. Ayat tersebut juga menjelaskan bahagian atau pecahan yang diwarisi oleh setiap waris yang berhak. Secara ringkasnya, waris utama yang berhak ialah ibu, bapa, suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Kaum kerabat yang lain seperti datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, saudara kandung lelaki dan perempuan boleh mewarisi dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat dua kategori waris iaitu Waris Fardhu dan Waris 'Asabah.
Waris Fardhu ialah waris yang disebutkan berhak mewarisi secara terus dan bahagiannya telah ditetapkan seperti isteri mendapat 1/8 bahagian sekiranya mempunyai anak. Waris 'Asabah pula ialah waris yang berhak mewarisi dan bahagiannya merupakan baki daripada harta pusaka setelah menetapkan bahagian Waris Fardhu. Sebagai contoh: Anak lelaki mendapat baki harta setelah menetapkan bahagian suami si mati (1/4) dan ibu (1/6), maka anak lelaki mendapat baki harta pusaka (7/12).
Faraid merupakan asas kepada pembahagian harta pusaka orang Islam. Tiada sebab untuk tidak merancang harta pusaka dengan alasan sistem Faraid sedia ada untuk mengagihkan harta pusaka selepas kematian. Sebenarnya, kita bertanggungjawab mengetahui kadar bahagian Faraid setiap waris kita supaya kita mudah merancang harta pusaka dengan adil dan berpatutan.
Contoh yang jelas ialah Faraid menyatakan bahagian anak perempuan adalah satu bahagian anak lelaki. Maka dengan membuat penilaian kepada nilai aset semasa, kita boleh memberi panduan pembahagian kepada waris tentang aset tertentu yang boleh diwarisi oleh setiap waris. Ini akan memudahkan urusan pembahagian harta pusaka, malahan menentukan bahawa setiap waris mendapat hak mereka dengan lebih sistematik dan adil. Secara langsung, ia akan mengukuhkan institusi keluarga dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.
Perancangan sebegini lebih baik, daripada menyerahkan tanggungjawab seluruhnya kepada waris untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka di kalangan mereka. Kadangkala waris masih dibawah umur dan tidak faham bagaimana urusan pembahagian perlu dilaksanakan. Ini lebih merumitkan dan menyukarkan pihak penjaga untuk membuat keputusan.
Merancang pusaka adalah sebahagian perancangan kewangan. Sebagaimana kita merancang dengan takaful dan pelaburan, aspek pembahagian harta pusaka perlu diambil perhatian dalam merancang kewangan peribadi kita dan keluarga. Insya Allah, apabila kita yakin dengan ilmu Allah, semuanya akan dipermudahkan.
Ulasan
Catat Ulasan