Hikayat Johor

Muka depan Hikayat Johor (Yang kedua) ditulis dalam tulisan Jawi oleh Mejar Datuk Haji Muhamad Sa'id Bin Haji Sulaiman, Pendeta Bahasa Johor, DKSPMJ, PAS, DLA, Datuk Paduka Seri Setia Diraja Johor, 1951.

Makalah dalam tulisan Jawi ini saya temukan semasa menyusunatur buku-buku di rumah ayahanda dan ibunda di kampung semalam. Tidak banyak buku dalam tulisan Jawi yang saya jumpa dalam koleksi buku-buku. Antara yang lain ialah Kitab Mutaal Badrin dan Taj Mulk. Kitab Mutaal Badrin pernah saya pelajari dengan guru-guru di sekolah agama dahulu, seumur saya kurang 12 tahun lagi sudah mula menelaah Kitab tersebut. Itulah kelebihan pendidikan di Sekolah Agama Johor pada ketika itu. Walaupun sukar, tapi guru-guru tetap sabar. Kini, saya maklum bahawa ada guru yang mengajar kitab ini melalui kelas orang dewasa. Saya tidak menyangka Kitab Taj Mulk ada dalam koleksi buku-buku lama. Saya boleh katakan kitab ini memang 'ancient' sebab saya memang tidak faham apa yang dituliskan walaupun ada beberapa perkataan boleh dibaca.

Suatu hari nanti, semoga Allah memberi kesempatan saya akan membaca Hikayat Johor yang saya temukan pertama kali ini. Seolah menemukan harta karun :) Alhamdulilah saya masih boleh membaca tulisan Jawi, walaupun agak perlahan. Terima kasih ayahanda bonda yang menghantar saya mengaji di sekolah agama Johor dulu. Buku itu penuh nilai budaya dan sejarah. Ia adalah bukti tulisan Jawi adalah amat berpengaruh pada suatu waktu dulu.

Berbangga menjadi anak Johor.

Ulasan

  1. assalamualaikum.... nak tanya buku hikayat johor ini menggunakan jawi lama ? jika ada boleh x berkongsi dengan saya.... terimakasih (zuebadah@gmail.com)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah