Bajet 2010 dengan galakan untuk skim insurans dan takaful mampu milik



Terbaru melalui pembentangan Bajet 2010, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu skim insurans dan takaful mampu milik akan diperkenal khusus untuk golongan berpendapatan rendah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ini bagi mengurangkan beban kewangan mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran, kemalangan dan kehilangan harta benda. (lihat sini)

Dengan adanya skim seperti ini, lebih ramai akan dapat manfaat daripadanya. Walaubagaimanapun, pengguna haruslah mempunyai pengetahuan asas dan faham mengapa perlindungan takaful atau insurans perlu dimiliki.

Ketahui objektif anda memiliki polisi perlindungan takaful atau insurans

1) Sebagai perlindungan terhadap risiko yang mungkin berlaku dan menyebabkan bebanan kewangan
2) Gantirugi dalam bentuk pampasan mengikut jumlah perlindungan mengurangkan tekanan selepas berlakunya sesuatu bencana seperti kemalangan, kebakaran atau kehilangan harta benda

Apakah yang perlu dilindungi?
1) Bangunan, premis perniagaan, rumah daripada risiko kebakaran dan bencana yang berkaitan (Fire policy)
2) Stok untuk perniagaan runcit (Consequential loss)
3) Wang untuk tunai dan cek, bagi perniagaan yang melibatkan jualbeli tunai (Money policy)
4) Isirumah (Houseowner/Householders)

Pelbagai lagi jenis polisi yang ada dipasaran untuk tujuan perlindungan harta benda terhadap bencana yang berkaitan.

Melalui sokongan kerajaan ini, menunjukkan betapa pentingnya golongan peniaga kecil-kecilan mendapatkan skim insurans dan takaful yang sesuai dengan perniagaan mereka. Dengan ini juga akan memastikan kelangsungan perniagaan mereka di masa akan datang dan mengurangkan tekanan kewangan apabila berlaku musibah yang tidak diingini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah