8 kad kredit, RM400 setahun

Lagi tentang Bajet 2010. Mulai Januari 2010, yuran perkhidmatan sebanyak RM50 setahun dikenakan bagi setiap kad kredit. Sekiranya, seorang individu mempunyai 8 kad kredit, kos setahun ialah RM400. Sebelum ini, institusi kewangan seperti bank, 'superstore' dan hypermarket begitu galak mempromosi kad kredit kepada khalayak ramai. Tidak hairanlah kalau ada yang memiliki lebih daripada 2 keping kad. Pendaftaran adalah percuma pada waktu itu dan mudah dibuat terutama di booth-booth pasaraya dan kompleks membeli belah.

Statistik
Sehingga Ogos 2009, sebanyak 11 juta keping kad kredit dalam edaran berbanding 2.8 juta pada tahun 2000. Manakala jumlah baki tertunggak pemegang kad pada Ogos 2009 ialah RM25.6 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun 2000.
Jumlah baki semasa ialah 90% daripada baki tertunggak (Ogos 2009) menunjukkan tahap penggunaan dan pengurusan kredit yang baik dikalangan pengguna. Walaubagaimanapun, sejumlah RM610 juta masih lagi tertunggak melebihi 3 bulan. (sumber ialah BNM, Ogos 2009)

Saya sendiri memiliki 6 keping kad kredit, hanya 2 kad yang saya gunakan secara aktif. Sebagai langkah penjimatan saya akan menutup 4 akaun dan jimat RM200 setahun. Bagaimana dengan anda?


Kad kredit adalah satu kemudahan dari segi pengurusan kewangan dengan syarat pengguna bijak berbelanja dan sentiasa memastikan bayaran dibuat setiap bulan sebelum tamat tarikh patut dibayar. Pastikan anda mengamalkan langkah-langkah berikut untuk pengurusan kad kredit yang baik:


1) Gunakan kad kredit untuk perbelanjaan yang telah dirancang terlebih dahulu

2) Pastikan bayaran penuh dibuat setiap bulan, anda jimat 18% kos kredit setahun
JIMAT: RM22.50 sebulan caj (1.5%) untuk baki RM1,500 tertunggak atau RM355.10 dalam 36
bulan (23.7%) untuk baki RM1,500. Lihat, kos kredit efektif adalah lebih tinggi sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tempoh yang dinyatakan.
3) Elakkan membuat wang tunai pendahuluan, caj kredit dikenakan serta merta, ini kos kepada anda!
4) Sentiasa buat semakan transaksi apabila menerima penyata bulanan, dengan ini anda boleh merancang untuk perbelanjaan bulan hadapan dan membuat analisis perbelanjaan
5) Jadikan kad kredit kemudahan untuk merancang kewangan anda terutamanya dalam berbelanja
6) Kad kredit memudahkan anda membuat belian secara online (untuk mendapat barang dengan kos rendah) atau membuat bayaran berkala seperti takaful atau insurans bulanan
7) Yang paling penting, kita kawal kad kredit, jangan biar kad kredit mengawal kita!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah