Menulis Wasiat adalah Tanggungjawab Peribadi
Masa kita kecil, tanggungjawab ibubapa memberi pendidikan terbaik dan mereka mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak dibesarkan dengan sebaik mungkin. Bila kita mula bersekolah, guru-guru berusaha bersungguh mungkin mengajarkan ilmunya supaya pelajar menjadi seorang yang berguna kelak. Dalam fasa kehidupan ini, sentiasa ada mereka (ibu bapa dan guru) dengan tanggungjawab mereka membimbing kita.
Sampai satu tahap apabila individu boleh membuat keputusan sendiri, maka perancangan kewangan adalah aspek yang penting dipertimbangkan. Hampir setiap keputusan yang dibuat samada yang paling mudah setiap hari pasti melibatkan pengurusan kewangan.
Begitu juga dengan keputusan untuk menulis wasiat. Menulis wasiat sememangnya tanggungjawab peribadi. Kita yang harus menentukan siapakah yang akan dilantik untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan. Wasiat adalah kunci kepada harta pusaka yang mana dengan kunci ini waris-waris tidak akan terbeban dengan urusan pentadbiran harta pusaka yang kompleks dan yang paling utama mendapat manfaat sepatutnya daripada harta warisan untuk tujuan yang lebih baik.
Wasiat yang paling ringkas dengan melantik Wasi (executor) adalah mencukupi sekiranya struktur aset dan liabiliti serta senarai waris tidak kompleks. Walaubagaimanapun, perancangan yang lebih terperinci diperlukan sekiranya pewasiat mempunyai objektif khusus seperti mengambil kira keperluan anak angkat, wasiat seorang muallaf kepada saudara mereka yang bukan Islam, pemberian harta sepencarian kepada pasangan suami/isteri dan juga pemberian amal jariah sebagai waqaf samada tunai atau hartanah yang tidak melebihi 1/3.
Membuat perancangan seperti ini memang dituntut dalam Islam. Ia adalah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan untuk kemaslahatan keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Ulasan
Catat Ulasan