OPRAH'S Debt Diet - Diet Hutang cara Oprah


Salah satu rancangan kegemaran saya ialah The Oprah Show. Oprah memang bijak dan topik yang dibincangkan dalam rancangan beliau amat meluas dan hampir dengan masyarakat. Oleh sebab itu, rancangan ini sangat popular. Topik berkenaan kewangan peribadi atau 'personal finance' seringkali juga menjadi pilihan beliau.

Dalam post kali ini, saya akan kongsikan Diet Hutang Cara Oprah :) Kalau hendak sihat tubuh badan kita perlu ada cara pemakanan atau diet sihat, jadi kalau mahu bebas hutang, ada cara untuk Diet Hutang. Apa yang saya akan masukkan dalam post ini boleh dibaca di sini.

Pelan tindakan Oprah terbahagi kepada 2 fasa yang diperincikan dengan langkah-langkah yang perlu diambil:
Fasa 1: Cadangan pelaksanaan bulan pertama


Langkah 1: Membuat senarai dan jumlah hutang terkini
Langkah 2: Membuat senarai semak perbelanjaan dan mula membuat pembayaran hutang
Langkah 3: Lebih bijak menggunakan kad kredit untuk berbelanja
Langkah 4: Mengurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan dan mula menyimpan.

Fasa 2: Pelan terperinci dan matlamat jangka panjang
Langkah 5: Menyediakan perancangan perbelanjaan bulanan
Langkah 6: Mengambil langkah menambah pendapatan
Langkah 7: Memberi tumpuan kepada hutang yang perlu dijelaskan terlebih dahulu
Langkah 8: Memahami atitud perbelanjaan kendiri dan mula menyimpan


Pelan tindakan ini disertakan beberapa 'tool' untuk membantu anda menguruskan hutang dengan lebih baik dan matlamat adalah untuk bebas hutang. Buat sedikit demi sedikit perubahan yang akan menyelesaikan masalah anda.

Ulasan

  1. Salam

    Oprah is one of my fav show juge. tapi skg sudah jarang tgk.

    Anyway sis, nice blog u hv here and i like ur tips writing as well. keep it up.

    P/S: thnk for the bloglink. sy pun baru juge.

    rgds,

    maman solleh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah