Pengeluaran Kesihatan oleh Ahli KWSP untuk Penyakit Kritikal

Terbaru KWSP membuat pengumuman tambahan kepada senarai penyakit kritikal daripada 13 kepada 36 jenis untuk pengeluaran kesihatan bermula pada 15 Jun 2010. Pengeluaran kesihatan bermaksud ahli boleh membuat pengeluaran untuk belanja perubatan bagi penyakit tersenarai sekiranya ahli sendiri yang menghidapi penyakit berkenaan atau ahli keluarga terdekat termasuk suami/isteri, ibu bapa, anak-anak dan adik beradik. Sila rujuk pengumuman oleh KWSP di sini.

Belanja perubatan kini merupakan antara kos yang tinggi yang harus ditanggung terutamanya apabila melibatkan penyakit kritikal. Oleh sebab itu, pihak KWSP memberikan kemudahan seperti ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dengan peraturan terbaru ini. Kelebihannya ialah ia dapat mengurangkan beban kewangan ahli dalam menanggung kos perubatan yang tinggi. Manakala kekurangannya ialah simpanan hari tua ahli atau simpanan persaraannya akan berkurangan. Jelas kini risiko penyakit kritikal memang meningkat dari semasa ke semasa. Sebenarnya, kita sedar tentang beban kewangan yang akan ditanggung sekiranya seseorang disahkan menghidapi penyakit kritikal. Kos rawatan boleh mencapai puluhan ribu setahun.

Terdapat alternatif dalam merancang kewangan untuk menghadapi risiko ini iaitu dengan mengambil perlindungan takaful atau insurans perubatan seawal mungkin. Dengan cara ini, kos perubatan akan tanggung oleh syarikat berkenaan sekiranya peserta disahkan menghidap penyakit kritikal. Lebih awal bermula lebih baik kerana keadaan kesihatan yang baik dan kemampuan kewangan sediaada.

Dengan ini, tabung persaraan ahli tidak perlu dikeluarkan bagi tujuan perubatan lagi. Pelbagai pelan perubatan yang disediakan oleh syarikat takaful dan penanggung insurans dengan ciri berbeza. Untuk memilih pelan yang baik, beberapa ciri-ciri perlu diambilkira:
1) Pakej Room & Board (Jumlah kos bilik untuk sehari semalam)
2) Kos hospital dan surgeri yang ditanggung
3) Kos rawatan pesakit luar yang ditanggung
4) Kos rawatan pesakit luar untuk penyakit kritikal seperti kanser dan sakit buah pinggang yang ditangggung
5) Jumlah had tahunan kos perubatan
6) Jumlah had seumur hidup

Selepas meneliti ciri-ciri diatas, peserta boleh memilih pelan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan untuk membayar sumbangan atau premium tahunan.

Sila rujuk broker anda atau wakil takaful untuk maklumat lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah