Bersedia Jadi Penulis Bestseller
Bulan lepas saya menghadiri Seminar Jana Wang dengan Menulis. Bulan ini saya menyertai Bengkel Penulis Super yang dianjurkan oleh Akademi Penulis Sdn Bhd. Pada mulanya berbelah bahagi samada untuk mendaftar ataupun tidak. Tetapi setelah ditimbang-timbangkan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengorbankan hujung minggu ini bagi kursus 3 hari 2 malam. Kursus ini memang luarbiasa. Padat dengan pendedahan tentang dunia penulisan buku serta teknik-teknik yang berkesan untuk menulis sebuah buku.
Sungguh bertuah dapat bertemu dengan kawan-kawan baru yang mempunyai cita-cita serupa, menghasilkan sebuah buku. Kumpulan kami tidak besar tapi kepelbagaian itu sangat mengujakan. Statistik kumpulan peserta kali ini:
Dalam bengkel ini, kami mengenalpasti minat atau bidang kecenderungan yang boleh dimanfaatkan untuk penulisan buku. Semoga setiap peserta berjaya mengeluarkan buku yang pertama dan seterusnya dalam tempoh setahun ini, lebih mengujakan saya seorang peserta iaitu Puan Azura Ibrahim telah menulis dan menerbitkan buku beliau sendiri.
Semoga saya dapat mengaplikasikan ilmu daripada kursus ini untuk menghasilkan buku saya yang pertama.
Kursus Penulis Super adalah kursus yang luarbiasa. Padat dan teknik yang praktikal.Pada pandangan saya, masa dan kos yang dilaburkan amat berbaloi dengan maklumat dan modul yang komprehensif untuk persediaan saya menjadi penulis bestseller. Secara tidak langsung saya telah menghasilkan POP iaitu Pelan Operasi Penulisan dan isi-isi penting sebuat buku yang akan saya tulis.
Sungguh bertuah dapat bertemu dengan kawan-kawan baru yang mempunyai cita-cita serupa, menghasilkan sebuah buku. Kumpulan kami tidak besar tapi kepelbagaian itu sangat mengujakan. Statistik kumpulan peserta kali ini:
- Jumlah peserta: 13
- Peringkat umur: 30 keatas
- Peserta & profesion/bidang: Saya (Akauntan/IFP), Tn Hj Hashim (pesara guru), Dr Rushdan Ibrahim (Pakar Kertas, FRIM), En Yusop Rejab (Tekstil / Internet Marketing), Dr Nor Azian Md Noor (Pensyarah UIA / Psikologi), Dr Mariam Mohamad (Pegawai Perubatan / Pensyarah), Puan Fatimah Mohamad (Guru Fizik), Dr Nor Azrina Ali (Doktor gigi), Puan Azura Ibrahim (Guru Sekolah Rendah SAPURA Smart School), Puan Nitawati Okili Latif (Kek Lapis Sarawak), Cik Puan Rose Micheal (Pensyarah), Cik Puan Norasikin Muhammad (Guru Sejarah) dan Puan Faridah Mohd Ali (Motivasi / Kepemimpinan)
- Fasilitator: En Fauzul Naim & En Zamri Mohamad
Dalam bengkel ini, kami mengenalpasti minat atau bidang kecenderungan yang boleh dimanfaatkan untuk penulisan buku. Semoga setiap peserta berjaya mengeluarkan buku yang pertama dan seterusnya dalam tempoh setahun ini, lebih mengujakan saya seorang peserta iaitu Puan Azura Ibrahim telah menulis dan menerbitkan buku beliau sendiri.
Semoga saya dapat mengaplikasikan ilmu daripada kursus ini untuk menghasilkan buku saya yang pertama.
Ulasan
Catat Ulasan