Larian 5.5km pertama
Minggu keempat dalam bulan Mac 2011. Saya pergi ke e@Curve untuk mendapatkan Enegizer Night Run 2011 Race Kit. Ini adalah kali pertama saya menyertai program larian. Ada empat kategori larian iaitu 5.5 km, 11km, 26 km dan 42 km. Sebagai percubaan pertama saya memilih kategori Fun Run dan larian ini akan diadakan di Sepang Circuit pada 16 April 2011, iaitu 20 hari lagi.
Sebenarnya timbul minat hendak mencuba apabila saya menonton rancangan Giuliana & Bill. Salah satu aktiviti kegemaran Giuliana ialah berlari. Dari situ saya mencari program larian yang dianjurkan di Malaysia. Energizer Night Race pernah dianjurkan pada tahun lalu. Tahun ini, 10,000 penyertaan didaftarkan. Adakah saya berjaya menamatkan Night Race? Saya pun teruja, dan meneruskan latihan larian sebelum tiba hari program 20 hari lagi.

Ulasan
Catat Ulasan