Harta yang dibawa ke syurga dengan berwakaf

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Ali-Imran: 92)
Abu Talhah, seorang sahabat Nabi yang memiliki kebun bertemu dengan Rasulullah apabila mendengar ayat ini dibaca. Beliau kemudian memberitahu baginda tentang niatnya ingin mewakafkan kebunnya itu yang diberi nama Biruha'. Ia dilakukan serta serta tanpa banyak berkira.

Kebun ini amat bernilai bagi Abu Talhah. Sedang Nabi selalu mengunjungi kebun ini untuk berehat. Selepas selesai mewakafkan kebun ini, Nabi berulang kali mengucapkan tahniah. Harta ini bukan lagi miliknya di dunia tetapi memberi keuntungan yang besar di akhirat.

Selain Abu Talhah, Saidina Umar turut mewakafkan sebidang tanahnya di Khaibar dan Saidina Usman mewakafkan perigi untuk kegunaan orang Islam. Dikatakan perigi ini Saidina Usman membelinya daripada orang Yahudi. Kemudian, dapat dimanfaatkan secara percuma oleh orang Islam.

Sedekah atau berwakaf sebanyak mana pun yang kita mampu. Nilai yang kecil di sisi manusia, timbalannya sangat besar di sisi Allah. Asalkan ia dilakukan dengan niat untuk mencapai keredhaan daripada-Nya.

Rasulullah SAW menyebut dalam satu Hadis tentang mahalnya harta wakaf apabila ia menjadi pelaburan untuk akhirat:
"Apabila mati seorang anak adam, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada manusia atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim)
Perniagaan mana yang ada untung sahaja. Ada masa tertentu, ia tidak sebaik masa-masa yang lalu. Namun, perniagaan dengan Allah dengan berwakaf adalah perniagaan yang pasti menguntungkan. Kerana ia adalah janji Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian." (Fathir: 29)
Dalam kesibukan dunia, marilah kita berniaga dengan Allah. Caranya, berwakaf seikhlasnya semata-mata kerana Allah yang Maha Pemurah dan Maha Besar.

(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat MAIJ April 2015)

"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah