Kenapa Rasulullah menjahit baju sendiri?

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Al-Isra': 27)
Statistik pada tahun 2014 merekodkan bahawa penduduk Semenanjung Malaysia membuang 30,764 tan sisa pepejal (sampah) sehari dan 36,659 tan sisa pepejal sehari termasuk Sabah dan Sarawak. 5.45 peratus daripada jumlah itu adalah sisa makanan.

Statistik ini menunjukkan sebanyak 16,680 tan makanan sehari telah dibazirkan. Antara sebab berlaku permbaziran makanan adalah harga makanan yang masih lagi rendah, tiada perancangan semasa membuat pembelian dan sikap tamak.

Sikap membazir mengakibatkan kerosakan di muka bumi. Sisa pepejal mesti dirawat. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kos rawatan juga tidak murah. Tapak pembuangan sampah tidak cukup untuk menampung sisa yang banyak.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum:41)
Rasulullah sendiri menjahit pakaian dan menampal kasutnya. Kita dapat belajar bahawa baginda tidak membuang pakaian dan kasut yang masih boleh digunakan. Saidina Abu Bakar pula telah berpesan kepada ahli keluarganya untuk menggunakan pakaian yang dimiliki sebagai kain kafan. Dan tidak menggunakan kain yang baru.

Di Lembah Klang, terdapat inisiatif untuk menyediakan peti sejuk makanan kepada golongan yang kurang mampu. Sesiapa sahaja boleh meletakkan makanan yang masih elok dimakan di dalam peti sejuk ini. Kemudian, golongan yang memerlukan boleh mengambil makanan ini secara percuma.

Cara ini memupuk semangat kebersamaan dan mengelakkan pembaziran makanan. Golongan yang susah dapat menikmati makanan yang masih elok. Golongan  yang senang pula dapat berkongsi rezeki dengan cara yang mudah ini.

(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat April 2015 MAIJ)

"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah