Dua perumpaan daripada Al-Quran berkenaan sedekah

Seorang rakan berkongsi tentang sedekah yang diberikan kepada sahabatnya yang dalam kesusahan. Beberapa ratus ringgit yang disumbangkan itu kemudian digantikan pula dengan bayaran upah yang berkali ganda berbanding wang sedekah yang beliau berikan kepada sahabatnya tadi.
Pernah tak anda mengalami sendiri kehebatan sedekah?
Ada dua perumpaan yang Allah sebutkan dalam Al-Quran tentang sedekah.
Orang yang memberi sedekah, kemudian menunjuk-nunjuk dan menyakiti hati penerima sedekah itu amalannya menjadi sia-sia umpama "batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah dia bersih (tidak bertanah)." (Rujuk Al-Baqarah: 264)
Bagi orang yang beriman dan membelanjakan hartanya untuk mencari keredhaan Allah diumpamakan seperti "sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda." (Rujuk Al-Baqarah: 265)
Suatu amal ibadah itu akan sempurna dengan dua syarat:
1. Ibadah dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Mengikut ajaran dan syariat oleh Rasulullah SAW
Sedekah yang diberikan untuk tujuan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki tidak akan diberi ganjaran pahala.
Hamka mencatatkan dalam Tafsir Al-Azhar bahawa orang yang menunjuk-nunjuk dengan harta ini berakhlak rendah dan tidak insaf bahawa rezeki dan kekayaan adalah daripada Allah. Allah telah memberi jaminan kepada orang yang dermawan bahawa mereka tidak akan ditimpa perasaan takut dan dukacita.
Kekayaan bukan terletak pada harta benda semata, tetapi kekayaan sebenar ialah apa yang ada di dalam hati kita iaitu kepercayaan kepada Allah SWT.
(Sumber: Siri Khutbah Jumaat MAIJ April 2015)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah