Jenayah di kalangan remaja
"Wahai sekalian orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." ( Al-Tahrim: 6)Kes jenayah di kalangan remaja semakin meningkat terutamanya anak-anak yang berusia 16 hingga 18 tahun. Mereka terlibat dalam jenayah seperti mencuri, rogol, pecah rumah dan samun. Masalah sosial semakin membimbangkan.
Antara sebab berlaku situasi sebegini adalah:
1. Kurang didikan agama.
2. Ibu bapa kurang kemahiran dalam mendidik anak-anak.
3. Persekitaran hidup yang dikelilingi unsur-unsur pergaulan bebas dan unsur seks.
Hak anak ialah mendapat didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa. Ini cabaran hebat di zaman moden apabila banyak perkara menjadi di luar kawalan ibu bapa.
Bagaimana Rasulullah membina keluarga baginda:
1. Menghayati hidup beragama dalam keluarga.
2. Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga yang sihat.
3. Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut dan kasih sayang.
4. Memahami tahap keperluan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa. Oleh juga berilah pendidikan dan kasih sayang agar mereka terhindar daripada jenayah.
"Wahai sekalian orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal: 27)(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat Dis 2015 MAIJ)
"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin."
Ulasan
Catat Ulasan