Sepuluh akhir Ramadhan
"Malam al-qadr lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr: 3)Salah satu keistimewaan Ramadhan ialah malam lailatulqadr yang dijanjikan Allah lebih baik daripada seribu bulan. Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut tentang perkara ini:
"Carilah oleh kamu al-Qadr pada malam-malam yang sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan." (Riwayat Tarmidzi)
"Sesiapa menghidupkan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan pahala daripada Allah akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttakafun 'Alaih)Rasulullah SAW menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan beribadat. Ulama' membuat andaian bahawa malam Al-Qadr jatuh pada malam ganjil.
Menghidupkan malam al-Qadr boleh dilakukan dengan ibadat solat sunat, beriktikaf, berdoa dan membaca al-Quran. Nabi Muhammad SAW menyarankan kita berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, maka ampunkanlah dosaku."Ambillah peluang dengan menggandakan ibadah pada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Mari kita tumpukan kepada ibadah, bukan hanya sibuk dengan persiapan berhari raya sahaja. Ajak isteri dan anak-anak untuk mempertingkatkan aktiviti ibadah dalam tempoh ini.
(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat Jul 2014 MAIJ)
"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin."
Ulasan
Catat Ulasan