Ramadhan yang dinanti

"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa dari antara kamu yang menyampaikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan siapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamuu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 186)
Ramadhan yang datang setahun sekalil mempunyai begitu banyak keistimewaan antaranya:

1. Ujian berpuasa menahan diri untuk meningkatkan iman dan taqwa seorang Muslim.

2. An-Nakhai menjelaskan bahawa puasa sehari di bulan Ramadhan itu lebih utama daripada puasa seribu hari pada bulan-bulan yang lain. Begitu juga dengan solat dan juga bersedekah. Ganjaran berlipat ganda diberikan oleh Allah SWT.

3. Wujudnya malam Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.
"Malam al-qadar itu lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr:3)
Bulan Ramadhan mendidik kita supaya meninggalkan tabiat buruk dan maksiat, perkara yang sia-sia dan melalaikan. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan kata-kata bohong dan beramal dengannya, maka Allah tidak berkehendak supaya ia meninggalkan makan dan minum (berpuasa)." (Riwayat Bukhari)
Berpuasa juga mendidik kita supaya mengawal nafsu daripada sifat yang pemarah kepada sifat yang tenang dan sabar. Banyak melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini. Berkongsi rezeki dan berbuka puasa dengan keluarga serta golongan yang kurang berkemampuan.

Ambil peluang untuk beramal ibadat dan meraih pahala sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan.

(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat Jul 2014 MAIJ)

"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hargai air sebagai nikmat Allah yang menyuburkan kehidupan

Bersangka baik

Sucikan jiwa dengan Zakat Fitrah